Cerita Tentang Andaman QasehThis is a featured page

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah manjadi pelangan AQ,, yang sudi menghubungi AQ untuk temujanji dan yang selalu melayari website kami tak kira dimana anda semua berada.

Butik Perkahwinan Andaman Qaseh telah memulakan operasinya seawal tahun 2006. Dimana saya Siti Nattrah sebagai pemiliknya,awal pembukaan hanya khidmat Jurumakeup sahaja yang dijalankan dan dari situ AQ meluaskan perkhidmatan dari Makeup,Baju-baju,Pelamin,Khidmat Jurugambar,Hiasan bilik tidur dan pakej lengkap perkahwinan.

AQ mempunyai 3 jurumakeup, 2 jurugambar dan 4 tukang pasang pelamin dan hiasan bilik tidur. Semua adalah saudara mara, ini bertujuan untuk perlaksanaan yang selesa diantara 1 sama lain.

Andaman Qaseh Kuala Lumpur :
Kami beroperasi di lot rumah yang beralamat seperti didalam profail qaseh. Bakal pelangan boleh datang selepas waktu bekerja dan hujung minggu.
Telefon untuk temujanji, dimana mungkin ada 2 pelangan dalam 1 masa, jika berlaku layanan tak dapat diberikan sama rata, AQ memohon maaf jika perkara ini berlaku.

Jika bakal pengantin Pahang tempahan anda boleh dibuat di Kuala Lumpur, pilihan baju-baju,rekaan pelamin & bilik tidur boleh pilih di KL sahaja dan kami akan menguruskan majlis anda disana. Pakej dan harga mengikut Pahang.

Tempahan 3 bulan awal amat digalakan, untuk persiapan AQ dan pelangan. Ini kerana pihak AQ perlu menyiapakan barang-barang mengikut jadual dan keperluan bakal pengantin. Setiap pakej yang dipilih dikenakan deposit sebanyak 30% dari pakej. Seterusnya semasa pemasangan pelamin dijalankan.
AQ juga menyediakan 2 salinan surat perjanjian diantara AQ dan pelangan berserta sebut harga untuk simpanan kedua-dua pihak. Di situ juga AQ nyatakan nama dan no tel jurumakeup,jurugambar dan orang yang menyediakan pelamin,hiasan bilik tidur dan meja makan. (Pengantin boleh menghubungi mereka jika berlaku kelewatan atau sebagainya)

Seminggu sebelum majlis berlangsung pihak AQ akan menjemput bakal pengantin untuk sesi fitting baju lelaki dan perempuan. Semasa fitting baju kedua-dua pengantin akan mengenakan pakaian pilihan mereka dan disinilah AQ akan mengikut saiz masing-masing. Seterusnya perbincangan buat kali terakhir tentang majlis seperti tarikh dan masa nikah, majlis sanding dan sebagainya. Segala perubahan hendaklah diberitahu seawal mungkin. Pemilihan aksesori juga boleh dilakukan.(Selalunya semasa fitting baju bakal pengantin akan mengambil gambar untuk di buat poster perkahwinan) AQ membenarkan.

Pakej kami tidak terhad kepada full pakej sahaja,kami juga menyediakan sewaan aksesori dan pakej berasingan. Setiap pakej kami boleh diubah suai mengikut kehendak pengantin.

Khidmat AQ sehingga majlis anda selesai.dimana juruandam kami akan sentiasa bersama anda sepanjang majlis berlansung atau sehinga keadaan dah tidak memerlukan jurumakeup lagi,seperti majlis sanding,makan dan beramah mesra dengan kawan-kawan.

Akhir kata dari saya, Andaman Qaseh menjanjikan yang terbaik untuk anda. Kepuasan anda keutamaan kami.

Terima kasih,

Pn.Nattrah 019-2247287



No user avatar
AndamanQaseh
Latest page update: made by AndamanQaseh , May 25 2009, 5:11 AM EDT (about this update About This Update AndamanQaseh Edited by AndamanQaseh

1 word added
8 words deleted

view changes

- complete history)
Keyword tags: None
More Info: links to this page

Anonymous  (Get credit for your thread)


There are no threads for this page.  Be the first to start a new thread.